suria

16 Pasukan Sertai Kejohanan Hoku MSST Bawah 18 Tahun

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 16 pasukan termasuk lapan pasukan wanita mengambil bahagian pada Kejohanan Hoki Bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu (MSST) bermula di sini, Khamis.

Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Terengganu, Sabri Salleh berkata kejohanan tiga hari itu akan diadakan di Kompleks Sukan Gong Badak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin di sini.

Beliau berkata kejohanan itu bertujuan memilih 18 pemain lelaki dan 18 pemain wanita untuk mewakili MSST pada Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Melaka dari 3 hingga 8 Jun ini -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain