Jose Mourinho Kembali Semula Ke Chelsea Selepas 1 Julai - Sukan | mStar

Jose Mourinho Kembali Semula Ke Chelsea Selepas 1 Julai

PENGURUS Real Madrid, Jose Mourinho telah bersetuju untuk kembali mengurus kelab lamanya Chelsea.

Akhbar Britain, The Sun dalam laporan eksklusifnya menyebut pengumuman mengenai pelantikan semula Mourinho bagaimanapun hanya akan dibuat selepas 1 Julai.

Sehingga tarikh itu, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk tidak akan bercakap mengenai perpindahan tersebut.

Mourinho buat masa ini masih lagi terikat dengan kontrak bersama Real.

Adalah difahamkan, pakej baru yang akan ditawarkan kepada pengurus keturunan Portugis itu bernilai £10 juta setahun.

Akhbar The Sun juga mendakwa yang Mourinho bersama pemilik Chelsea Roman Abramovich dilihat bertemu dan makan malam bersama di Restoran La Famiglia dekat Chelsea.

Dutch star Wesley Sneijder, who played for Mourinho at Inter Milan, has revealed the Portuguese coach harbours a deep love of Chelsea.

Chelsea dijangka membuat pengumuman mengenai penyertaan semula Mourinho sejurus sebelum mereka berlepas ke Asia Timur selepas tamatnya musim ini Julai nanti.

Jika ini berlaku bermakna perlawanan pertama Chelsea di bawah kendalian Mourinho ialah perlawanan persahabatan menentang Singha All Stars XI di Thailand pada 17 Julai nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu