suria

Terima Kasih Pemain Dan Penyokong Southampton - Pochettino

Mauricio Pochettino
Mauricio Pochettino
Mauricio Pochettino

LONDON: Pengurus baru Southampton, Mauricio Pochettino mengucapkan terima kasih kepada para pemain dan penyokong kelab itu selepas melakukan penampilan pertamanya di Stadium St. Mary dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Everton, awal pagi Selasa.

Pochettino menggantikan tempat Nigel Adkins yang dipecat minggu lalu.

Namun, di sebalik protes terhadap pengerusi kelab itu, Nicola Cortese, ketibaan bekas pengurus Espanyol tersebut disambut dengan penuh meriah oleh para penyokong.

Keputusan seri itu menyaksikan Southampton empat mata di atas zon penyingkiran.

"Mereka menunjukkan sokongan yang hebat terhadap saya. Walaupun saya mempunyai masa selama tiga hari untuk mempersiapkan pasukan, para pemain beraksi dengan baik.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain kerana usaha keras mereka dan juga para penyokong yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami," katanya.

Sementara itu, pasukan kendalian Pengurus David Moyes sekadar menduduki tempat kelima dengan 38 mata, tiga mata di belakang pasukan tempat keempat, Tottenham Hotspur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain