suria

Ferguson Mula Lancar Perang Psikologi

Sir Alex Ferguson
Sir Alex Ferguson
Sir Alex Ferguson

MENJELANG perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Manchester United dan Liverpool pada Ahad, Sir Alex Ferguson mula melancarkan perang psikologi dengan mengatakan Luis Suarez sebagai pemuda yang penuh kontroversi.

Pengurus United itu berkata sedemikian selepas penyerang The Reds itu dikritik hebat gara-gara dilaporkan menggunakan tangannya ketika memenangi 2-1 perlawanan Piala FA menentang Mansfield Ahad lalu.

"Saya tidak pasti sama ada dia gembira menjadi simbol kontroversi, tetapi saya harap ia tidak memberi kesan kepada kami," jelasnya.

Pada tahun lalu, nama Suarez menjadi sebutan selepas digantung lapan perlawanan apabila didapati bersalah menggunakan perkataan perkauman kepada pemain pertahanan United, Patrice Evra.

Suarez juga menolak untuk bersalam dengan Evra selepas penggantungan itu.

"Saya tidak melihat perlawanan Ahad lalu, jadi agak sukar untuk mengatakan ia disengajakan.

"Kamu akan sentiasa menyokong pemain sendiri, dan saya tidak terkejut dengan Roger Brendon (pengurus Liverpool).

"Saya juga melakukan perkara sama. Ia adalah sebahagian daripada sikap kesetiaan terhadap pemain dan mahu melindungi mereka.

"Saya harap kami tidak akan menhadapi situasi seperti itu. Kami mahukan perlawanan yang baik pada Ahad ini," tambah Ferguson.

"Beberapa tahun, Liverpool-Manchester United bertemu tanpa kontroversi, tidak ada apa-apa yang sensitif dalam membuat keputusan dan ia sesuatu yang bagus."

Sebelum itu, Brendan mendedahkan dia yakin dengan tindakan Suarez itu.

Sebagai rekod, Lipverpool mencatat tujuh kekalahan daripada lapan kali kunjungan ke Old Trafford dan kemenangan 4-1 pada Mac 2009 merupakan kejayaan tunggal skuad itu.

Namun Ferguson mengakui ia bukan perlawanan yang mudah.

"Permainan Derby banyak helah dan harapnya kami dapat bermain dengan baik dan menang perlawanan ini," tambah Ferguson.

Artikel Lain