MANCHESTER United diundi bertemu Real Madrid pada pusingan 16 terakhir saingan Liga Juara-Juara Eropah manakala Arsenal akan menentang Bayern Munich selepas undian diadakan di Nyon, Switzerland.Juara Liga Scotland, Celtic akan bertemu gergasi Itali, Juventus. Pusingan pertama akan berlangsung pada 12, 13, 19 dan 20 Februari manakala perlawanan timbal balik pada 5, 6, 12 dan 13 Mac depan.Pasukan pilihan Barcelona diundi bertemu bekas juara AC Milan yang bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.Naib Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu berkata, Milan adalah sebuah kelab yang terhebat di Eropah dan beliau menghormati kelab tersebut.Undian pusingan 16 terakhir:Galatasaray lwn FC SchalkeCeltic lwn JuventusArsenal lwn Bayern MunichShakhtar Donetsk lwn Borussia DortmundAC Milan lwn BarcelonaReal Madrid lwn Manchester UnitedValencia lwn Paris Saint-GermainPorto lwn Malaga