suria

Barry Digantung Satu Perlawanan

Gareth Barry
Gareth Barry
Gareth Barry

PEMAIN tengah Manchester City, Gareth Barry digantung satu perlawanan selepas mengaku menggunakan perkataan kesat terhadap pegawai perlawanan minggu lalu.

"Pemain Manchester City, Gareth Barry,31, akan menjalani penggantungan segera satu perlawanan selepas mengakui melanggar Peraturan E3 FA dalam menggunakan perkataan kesat kepada pegawai perlawanan ketika aksi bertemu Manchester United pada 9 Disember 2012," jelas satu kenyataan pihak FA.

"Dan dengan itu juga Barry turut didenda £8,000 (RM39410.88)."

Barry dijangka akan kembali beraksi pada aksi bertemu Reading pada 22 Disember ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain