AUG 2012: Sasaran Pingat Mungkin Terjejas Jika Acara Terjun Digugurkan - Sukan | mStar

AUG 2012: Sasaran Pingat Mungkin Terjejas Jika Acara Terjun Digugurkan

VIENTIANE: Sasaran bagi meraih sejumlah pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos mungkin terencat jika tiga kategori dalam acara terjun digugurkan ekoran kekurangan penyertaan negara Asia Tenggara bagi acara itu.

Ketua pasukan terjun Malaysia Ariffin Mohamed Yusof berkata beliau dimaklumkan bahawa tiga kategori yang terlibat adalah 1m papan anjal individu lelaki, 3m papan anjal individu lelaki dan 10m platform individu lelaki yang disertai oleh peserta negara Bryan Nickson Lomas.

"Saya mendapat maklumat tentang tiga acara terjun yang mungkin akan digugurkan itu pada pagi tadi namun belum diputuskan. Keputusan akan diketahui pada mesyuarat teknikal Khamis ini.

"Saya difahamkan masalah itu timbul apabila pasukan Asia Tenggara yang lain tidak mempunyai atlet dalam acara terjun. Acara ini penting kerana ia merupakan persediaan untuk semua atlet bagi menghadapi temasya Sukan Universiti Dunia pada tahun depan," katanya kepada pemberita di Pusat Nasional Akuatik, Vientiane di sini pada Isnin.

Malaysia yang menghantar empat penerjun Olimpik dilihat memberi ancaman kepada negara Asia Tenggara yang lain untuk meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu.

Sementara itu Bryan ketika ditemui turut meluahkan kekecewaan kerana kemungkinan tidak dapat turut serta bersama atlet lain bagi menyumbang pingat kepada negara.

"Jika tiga acara tersebut digugurkan, agak kecewa juga sebab persiapan sudah buat, memang terkilan jika tidak dapat beraksi.

"Bagaimanapun saya tetap akan menyokong penerjun lain dan mahu mereka menyapu bersih tiga lagi pingat emas yang dipertandingkan nanti," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini.

Selain Bryan, Leong Mun Yee akan mengambil bahagian dalam acara 3m papan anjal individu wanita dan 1m papan anjal berpasukan wanita bersama Cheong Jun Hoon.

Manakala seorang lagi penerjun kebangsaan Ng Yan Yee akan mengambil bahagian dalam acara 3m papan anjal individu wanita. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain