suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hoki: Malaysia Kalahkan Afrika Selatan, Mara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara menempah tempat ke separuh akhir kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina dengan mengalahkan Afrika Selatan 4-1 pada Khamis.

Malaysia mendahului seawal minit ketiga menerusi jaringan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, demikian menurut laman web kejohanan www.fih.ch.

Anak buah Paul Revington seterusnya melakukan jaringan kedua di minit ke-58 menerusi Faizal Saari.

Sementara Tengku Tajudin Abdul Jalil membuat jaringan ketiga di minit ke-56.

Seminit kemudian, Mohd Faizal sekali lagi membuat jaringan untuk Malaysia mendahului 4-0

Afrika Selatan di bawah bimbingan Gregg Clark memperoleh gol tunggal mereka pada minit ke-63 menerusi ketua pasukan Austin Smith.

Malaysia akan bertemu pemenang satu lagi perlawanan suku akhir antara Jepun dan Korea Selatan sementara Afrika Selatan akan bermain perlawanan untuk tempat kelima hingga lapan.-BERNAMA

Artikel Lain