suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BAM Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Calon Pengarah Kejurulatihan

ROMPIN: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendali proses pengambilan Pengarah Kejurulatihan Prestasi Tinggi bagi skuad badminton negara.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata jawatankuasa itu juga akan membuat saringan dan menyenarai pendek calon yang bakal dipilih bagi mengisi jawatan berkenaan.

"Peluang itu bukan hanya terbuka kepada jurulatih asing, malah kita ada bakat tempatan yang dilihat berpotensi dan menyerlah untuk mengendali dan melatih pemain kita.

"Mungkin (sebilangan jurulatih) dia pandai dari segi teknikal, tapi dari segi pengurusan dia tak boleh. Saya rasa ramai antara jurulatih dalam negeri boleh melatih pemain menjadi pemain di peringkat dunia," katanya di sini malam Selasa.

Mohd Nadzmi berkata yang penting, jurulatih berkenaan bukan setakat pandai melatih tetapi juga mengurus pemain.

Ketua jurulatih Jepun, Park Joo-bong sebelum ini menolak untuk memikul tugas pengarah kejurulatihan tersebut.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain