suria

Bolt Dan Felix Terima Anugerah IAAF

BARCELONA: Usain Bolt dan Allyson Felix telah menerima anugerah Atlet Terbaik Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

Pelari pecut Jamaica, Bolt memenangi tiga pingat emas di Sukan Olimpik London dalam acara lari 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter.

Ini adalah kali keempat dalam tempoh lima tahun lalu Bolt memenangi anugerah.

Felix jaguh pecut Amerika Syarikat (AS) juga memenangi tiga pingat emas di London.

Ini adalah kali pertama beliau memenangi anugerah. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain