suria

Tenis Terbuka Malaysia: Wang Tempah Tiket Ke Pusingan Kedua

Jimmy Wang
Jimmy Wang
Jimmy Wang

KUALA LUMPUR: Pemain Taiwan, Jimmy Wang mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Itali, Riccardo Ghedin pada aksi pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia Jelajah Dunia ATP, Isnin.

Wang mencatat kemenangan 6-3, 6-3 sebelum diberi tentangan sengit oleh Ghedin dalam tempoh 1 jam 28 minit.

Pemain kelahiran Arab Saudi berusia 27 tahun ini kembali ke gelanggang pada tahun 2010 selepas hampir dua tahun berehat kerana menjalani pembedahan pergelangan tangan.

"Saya gembira menang pada aksi pertama hari ini. Pada awal permainan saya mudah mengutip mata, namun dia (Ghedin) mula memberi saingan selepas itu.

"Pun begitu saya juga teruja kerana dapat kembali ke sini sejak tahun lalu," katanya kepada media selepas perlawanan.

Menunggu Wang pada saingan kedua ialah pemain nombor sebelas dunia, Juan Monaco dari Argentina.

"Dia adalah seorang pemain yang mantap, dan saya tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini.

"Bagaimanapun saya bersedia dan tidak risaukan dia, saya hanya risaukan diri sendiri sahaja," jelas pemain yang kini berada di ranking ke-151 ini.

Wang pernah berada di ranking terbaik 85 dunia sebelum mengalami kecederaan, serta meraih kedudukan ketiga dunia dalam kategori junior pada tahun 2002.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain