suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuanku Abdul Halim Turut Berangkat Pada Acara Pumbukaan Sukan Olimpik

LONDON: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke acara pembukaan rasmi Sukan Olimpik ke-30 di sini Jumaat malam.

Seri Paduka berdua yang duduk bersama ketua-ketua negara yang mengambil bahagian dalam temasya sukan terbesar dunia ini, kelihatan melambai tangan ketika 22 anggota kontinjen Malaysia berarak melintasi pentas utama.

Kontinjen negara yang diketuai Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan pembawa Jalur Gemilang, atlet terjun Pandelela Rinong anak Pamg menyertai perbarisan yang disertai oleh 204 negara di temasya yang akan berlangsung hingga 12 Ogos ini.

Baginda berdua sebelum ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama anggota kontinjen Malaysia dan turut meluangkan masa melawat perkampungan atlet yang turut menempatkan atlet negara.-BERNAMA

Artikel Lain