suria

Rooney Digantung Dua Perlawanan Euro 2012

Rooney digantung dua perlawanan selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah mendengar rayuannya di Switzerland, Khamis.

PENYERANG England, Wayne Rooney menerima penggantungan dua perlawanan pada aksi Euro 2012 selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menimbang rayuannya, Khamis.

Pada Oktober lalu, Rooney digantung tiga perlawanan selepas menendang pemain Montenegro, Miodrag Dzudovic pada aksi terakhir Kelayakan Euro 2012.

Namun penggantungan bagi perlawanan ketiganya itu ditangguh untuk tempoh empat tahun dan Rooney, juga bersetuju melakukan aktiviti kejurulatihan dalam komuniti menerusi projek UEFA.

Rooney bakal terlepas perlawanan menentang Perancis dan Sweden tetapi bebas beraksi dalam pertemuan dengan Ukraine pada peringkat kumpulan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain