suria

Chelsea Turunkan Semua Pemain Tentang Pasukan Olimpik Malaysia

KUALA LUMPUR: Kelab ternama Liga Premier Inggeris (EPL), Chelsea akan menurunkan semua pemainnya dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil Khamis ini.

Pengurus Chelsea Andres Villas-Boas berjanji setiap pemainnya akan berpeluang mempamerkan kehebatan masing-masing di padang.

"Saya akan gunakan pemain berlainan dalam perlawanan 90 minit itu...ini adalah persiapan untuk mengesan kombinasi terbaik pemain," kata Villas-Boas kepada pemberita di sini Isnin.

Ditanya mengenai pembentukan pasukannya untuk berdepan dengan skuad Olimpik Malaysia yang dilatih oleh Ong Kim Swee, Villas-Boas berkata beliau akan menggunakan perlawanan itu untuk menilai fleksibiliti di kalangan pemain.

Sementara itu, pemain utama pasukan Biru itu, pemain tengah Frank Lampard berkata kesemua pemain begitu teruja menjalani latihan di bawah pengurus baru dan muda.

“Kami telah bersama selama 10 hari. Kami berlatih dengan stail dan strategi baru. Setiap orang dalam tim menunjukkan reaksi baik," kata Lampard.

Beliau berkata di bawah bimbingan Villas-Boas, mereka perlu berlatih mengikut strategi rentak pantas yang menepati strategi pasukan.

Senarai Skuad Chelsea

1.Henrique Hilario GK

2.Jamal Blackman

3.Nathaniel Chalobah

4.Patrick Van Aanholt

5.Slobodan Rajkovic

6.Petr Cech GK

7.John Obi Mikel 8.Daniel Sturridge 9.Ryan Bertrand 10.Joshua McEachran 11.Alex 12.Yuri Zhirkov 13.Ross Turnbull GK 14.Salomon Kalou 15.Branislav Ivanovic 16.John Terry 17.Frank Lampard 18.Ashley Cole 19.Paulo Ferriera 20.Jose Bosingwa 21.Yossi Benayoun 22.Fernando Torres 23.Nicolas Anelka 24.Florent Malouda 25.Didier Drogba 26.Billy Clifford - BERNAMA

Artikel Lain