suria

Ferguson Nafi Minat Bawa Masuk Sneijder

Sneijder sentiasa dikaitkan menjadi buruan United pada pasaran perpindahan pemain kali ini.
Sneijder sentiasa dikaitkan menjadi buruan United pada pasaran perpindahan pemain kali ini.
Sneijder sentiasa dikaitkan menjadi buruan United pada pasaran perpindahan pemain kali ini.

SIR Alex Ferguson menyangkal dakwaan bahawa Manchester United semakin hampir untuk menyempurnakan perpindahan bintang Inter Milan, Wesley Sneijder.

Media antarabangsa pada Rabu melaporkan United menerbangkan Ketua Eksekutifnya, David Gill ke Milan dalam usaha untuk membawa masuk Sneijder yang bernilai £35 juta.

Bagaimanapun, Ferguson menafikan khabar angin itu dan menyatakan United tidak berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Belanda itu.

"Khabar angin itu tidak benar sama sekali. Saya percaya Inter Milan tidak akan melepaskan Sneijder dengan begitu saja.

"Namun saya amat kecewa kerana United sering kali dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas itu. Saya hanya membiarkan ia berlaku kerana tidak boleh berbuat apa-apa," katanya pada jelajah pra musim ke Amerika Syarikat.

Sneijder mempamerkan persembahan mantap bersama Inter dan sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford untuk mengisi tempat Paul Scholes.

Bagaimanapun, terdahulu Pengarah Inter Marco Branca berkata bahawa pemain berusia 27 tahun itu bukan untuk dijual.

Artikel Sebelum

Vieira Gantung But

Artikel Berikut

ARSENAL 4 MALAYSIA 0

Artikel Lain