suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UEFA Enggan Ubah Harga Tiket

TIKET untuk menyaksikan final Liga Juara-Juara Eropah 2011 tidak akan berubah walaupun Presiden UEFA, Michael Platini mengakui ia terlalu mahal.

Badan pentadbir bola sepak dunia itu melemparkan kritikan terhadap penjualan tiket untuk menyaksikan pertemuan penting di Wembley pada 28 Mei ini.

Tiket termurah yang boleh didapati dianggarkan bernilai 150 pound (RM742.5), tidak termasuk kos pentadbiran sebanyak 26 pound (RM128.7).

"Kami sudah menyedari perkara itu dan akan cuba memantau harga tiket semula pada masa akan datang," kata Platini.

Menurutnya, harga tiket final kejuaraan Eropah itu sepatutnya separuh daripada kos sekarang.

Setiausaha Agung UEFA, Gianni Infantino berkata, walaupun Platini mengkritik harga tiket yang dikenakan, tidak akan berlaku penurunan dalam harga penjualan tiket.

"Harga tiket di Wembley tidak akan berubah. Penjualan sudah berlaku dan presiden hanya menyuarakan pendapat mengenai perkara itu," kata Infantino.

Artikel Lain