suria

West Ham, Spurs Seri 0-0

Bale (kanan) diasak pemain West Ham, Mark Noble ketika pertemuan di White Hart Lane.
Bale (kanan) diasak pemain West Ham, Mark Noble ketika pertemuan di White Hart Lane.
Bale (kanan) diasak pemain West Ham, Mark Noble ketika pertemuan di White Hart Lane.

LONDON: West Ham berjaya keluar daripada zon penyingkiran selepas terikat 0-0 dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu.

Anak buah Avram Grant melonjak ke tangga ke-15 selepas tamat perlawanan di White Hart Lane.

Mereka bernasib baik apabila tiga percubaan terbaik Spurs terkena palang.

Spurs yang menduduki tempat kelima kini ketinggalan dua mata dibelakang Chelsea, nyaris memecah kebuntuan tetapi percubaan Michael Dawson terkena palang.

Carlton Cole hampir menggegar gawang untuk West Ham tetapi sepakannya berjaya ditepis penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes.

Percubaan Aaron Lennon dan Jermain Defoe turut terkena palang.

Penjaga gol Robert Green muncul wira West Ham selepas menyelamatkan percubaan pemain gantian Spurs, Roman Pavlyuchenko sebelum menepis sepakan percuma Gareth Bale.

Artikel Berikut

Artikel Lain