suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

50 Pemain Profesional Golf Berentap Di Kota Baharu

KOTA BAHARU: Sebanyak 84 pemain golf profesional negara berentap pada kejohanan Profesional Golf Malaysia (PGM) pusingan ketiga yang menawarkan hadiah berjumlah RM2.6 juta mulai Rabu.

Pengarah Kejohanan, Brig Jen (B) S. Mahindran berkata kejohanan empat hari itu diadakan di Padang Kelab Golf dan Desa Kelantan (KGCC) dan akan dirasmikan oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada 26 Feb ini.

"Sebanyak 16 pusingan diadakan, pusingan pertama di Kajang dan pusingan kedua di Terengganu, selepas ini ke Perlis pula," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, Rabu.

Mahindran berkata antara pemain yang menyertai kejohanan ini ialah M. Romayah dan Airil Rizman yang pernah menyandang johan pada Kejohanan Golf Asia di Pakistan dua tahun lepas.

Beliau berkata pada kejohanan ini, hadiah pertama berupa wang tunai RM18,000, tempat kedua (RM13,000) dan tempat ketiga (RM11,000) manakala tempat ke-50 akan menerima hadiah wang tunai RM300.

Mahindran berkata kejohanan PGM terbahagi kepada dua pusingan iaitu pusingan pertama, yang akan memilih sebanyak 50 pemain untuk ke pusingan kedua, yang menawarkan hadiah-hadiah itu.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Zandra-Adrian Terlepas Pingat Emas

Artikel Berikut

Artikel Lain