suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yunus Alif Lega Tiga Pemain Tunggaknya Bebas

KUALA TERENGGANU: T'Team yang akan menentang Kedah dalam perlawanan sulung Liga Super mereka di Alor Setar Jumaat ini lega apabila tiga pemain tunggaknya kini bebas daripada sebarang tuntutan ganti rugi oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Mereka ialah Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose yang mewakili Kelantan musim lalu dan beralih angin ke T'Team musim ini walaupun kontrak mereka dikatakan terikat dengan skuad Kijang sehingga saingan Liga Malaysia 2011.

Jurulatih T'Team, Yunus Alif bersyukur dan berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana membuat keputusan yang bijaksana berhubung kes ketiga-tiga pemain berkenaan.

"Nampak FAM tidak berat sebelah, dan dapatlah kita tumpu kepada perlawanan pembukaan nanti," katanya.

Menurut Yunus, T'Team sudah tentu pincang sekiranya tiga pemain berkenaan tidak boleh mewakili pasukan tersebut.

Katanya, ini kerana pemain tunggak berpengalaman itu sudah begitu sebati menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan sejak lebih sebulan lalu.

Yunus berkata, pertemuan pertama mereka menentang Kedah penting kerana T'Team memerlukan mata penuh untuk menyuntik semangat bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Beliau berkata, T'Team akan menurunkan kesebelasan utama, kecuali penjaga gol Syamsuri Mustapa yang cedera di lutut dan tempatnya mungkin diambil alih sama ada oleh Ismail Abdul Rahman atau Mohd Zairi Hafizi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cabaran Pendakian Adiq Bermula

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia