suria

120 Pemain Jemputan Sertai Kejohanan Tuanku Muhriz Shield Challenge 2011 Pada 30 Januari

SEREMBAN: Seramai 120 pemain jemputan akan mengambil bahagian pada Kejohanan Tuanku Muhriz Shield Challenge 2011 di Nilai Spring Golf & Country Club, Nilai pada 30 Januari ini.

Pengerusi jawatankuasa pengajur Datuk Rusli Harun berkata kejohanan ini diadakan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir yang ke-63.

"Hadiah istimewa sumbangan daripada Naza Group of Companies menunggu pemain yang mampu melakukan pukulan 'hole-in-one'," katanya pada satu persidangan akhbar di sini, Jumaat.

Katanya selepas mendapat perkenan Tuanku, pertandingan itu kini menjadi sebahagian daripada acara tradisi untuk memeriahkan hari keputeraan baginda, dan ia lebih berbentuk pertandingan persahabatan yang terbuka untuk kerabat dan kenalan baginda.

Menurutnya pihak penganjur berhasrat untuk menjadikan kejohanan itu sebagai suatu jambatan persahabatan dan kemesraan di kalangan pemain dari kerabat diraja, kepimpinan kerajaan negeri sehinggalah rakyat jelata yang sama-sama mendukung institusi beraja.

"Tradisi keunggulan Tuanku Muhriz Shield Challenge 2011 akan terus kekal menjadi rebutan pemain pada hari tersebut. Tuanku Muhriz dijangka berkenan berangkat untuk mencemar duli menyertai kejohanan itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Beregu Utama Negara Kecundang

Artikel Lain