suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Collins Penyelamat Villa, Newcastle, Sunderland Seri

Collins (kanan) berjaya membolosi gawang Birmingham di Stadium St' Andrews pada Ahad.
Collins (kanan) berjaya membolosi gawang Birmingham di Stadium St' Andrews pada Ahad.
Collins (kanan) berjaya membolosi gawang Birmingham di Stadium St' Andrews pada Ahad.

BIRMINGHAM: James Collins menjaringkan gol penyamaan untuk membantu Aston Villa mengikat kedudukan 1-1 dengan Birmingham di St. Andrew's pada saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad.

Pemain pertahanan Wales itu membuka jaringan pada minit ke-72 sekali gus mengeluarkan Villa daripada zon penyingkiran.

Roger Johnson meletakkan Birmingham di depan pada minit ke-49 tetapi pasukan tuan rumah yang mempamerkan persembahan bertenaga gagal mendominasi perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Villa yang mengumpul 22 mata daripada 22 perlawanan berada di kedudukan kelima tercorot liga. Birmingham pula berkelebihan satu mata di depan Villa.

Pada perlawanan berasingan, pemain Sunderland, Asamoah Gyan menjaringkan gol penyamaan 1-1 untuk menafikan kemenangan Newcastle di Stadium of Light.

Newcastle yang cuba bangkit daripada kekecewaan selepas tersingkir mengejut kepada Stevenage pada saingan Piala FA minggu lalu, mendahului dengan 1-0 menerusi jaringan Kevin Nolan.

Bagaimanapun perlawanan yang dilanjutkan ke masa tambahan membawa mimpi ngeri buat Sunderland apabila bintang Ghana, Gyan menjaringkan gol penyamaan pada saat akhir.

Ia adalah gol kelapan Gyan musim ini selepas mencuri peluang hasil kesilapan dilakukan penjaga gol Newcastle, Steve Harper.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain