suria

United Menang Tipis Ke Atas West Brom

Hernandez (dua dari kanan) muncul wira United apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan itu pada Sabtu.
Hernandez (dua dari kanan) muncul wira United apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan itu pada Sabtu.
Hernandez (dua dari kanan) muncul wira United apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan itu pada Sabtu.

MANCHESTER United memperoleh tiga mata berharga selepas menewaskan West Brom 2-1 di The Hawthorns pada saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu.

Penyerang Wayne Rooney menamatkan kemarau gol apabila membuka jaringan seawal minit ketiga tetapi James Morrison berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-14.

Pasukan tuan rumah terlepas peluang berharga untuk berada di depan apabila sepakan penalti Peter Odemwingie tersasar jauh pada babak kedua.

West Brom kemudiannya menerima padah apabila pemain gantian Javier Hernandez menjaringkan gol kemenangan untuk Red Devils ketika perlawanan berbaki 15 minit.

United berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam usaha untuk merebut trofi EPL musim ini manakala The Baggies kini tewas empat perlawanan.

Meskipun mencatat kemenangan di gelanggang lawan, pengurus Sir Alex Ferguson masih bimbang mengenai kualiti permainan anak buahnya pada ketika ini.

Rooney turut dilaporkan mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan menghampiri penghujungnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain