suria

Arsenal, Wigan Sekadar Seri

Pengadil Lee Probert (kiri) melayangkan kad merah terhadap Charles N' Zogbia (kanan) selepas melakukan kekasaran ke atas Wilshere.
Pengadil Lee Probert (kiri) melayangkan kad merah terhadap Charles N' Zogbia (kanan) selepas melakukan kekasaran ke atas Wilshere.
Pengadil Lee Probert (kiri) melayangkan kad merah terhadap Charles N' Zogbia (kanan) selepas melakukan kekasaran ke atas Wilshere.

LONDON: Arsenal terlepas peluang untuk menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sekadar terikat 2-2 dengan Wigan Athletic yang beraksi dengan hanya 10 pemain di Stadium DW pada Rabu.

Sementara itu, juara musim lalu, Chelsea yang tewas kepada Arsenal 1-3 pada Isnin kembali mengisi kelompok empat terakhir dan menamatkan rekod tanpa sebarang kemenangan dalam enam perlawanan selepas menewaskan Bolton Wanderers 1-0 di Stamford Bridge.

Di Anfield, Wolves berjaya keluar dari kedudukan tercorot liga selepas menundukkan Liverpool 1-0 sekali gus memberi tekanan kepada pengurus The Reds, Roy Hodgson.

Dua gol dalam masa enam minit pada penghujung masa babak pertama jaringan Andrey Arshavin dan Nicklas Bendtner menyaksikan The Gunners bangkit selepas Ben Watson meletakkan Wigan di depan menerusi sepakan penalti.

Peluang Wigan pada awalnya tampak tipis untuk mengikat kedudukan selepas Charles N'Zogbia dilayangkan kad merah pada minit ke-78 selepas mengasari pemain gantian Arsenal, Jack Wilshere.

Tiga minit kemudian, Wigan menyamakan kedudukan apabila Sebastian Squillaci cuba mengeluarkan tandukan Hugo Rodallega tetapi tertampan ke gawang sendiri.

Keputusan seri itu meletakkan Arsenal di tempat ketiga, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Manchester United manakala Manchester City mengisi kedudukan kedua.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang melakukan lapan pertukaran terhadap pasukan yang menundukkan Chelsea memberitahu BBC bahawa anak buahnya mempamerkan aksi luar biasa tetapi kecewa kerana gagal memenangi perlawanan itu.

Artikel Lain