Rajagobal Minta Media Indonesia Hentikan Provokasi Melampau - Sukan | mStar

Rajagobal Minta Media Indonesia Hentikan Provokasi Melampau

JAKARTA: Media Indonesia diminta menghentikan provokasi melampau dalam laporan mereka yang boleh menjejaskan keharmonian dan semangat kesukanan antara Malaysia dan Indonesia dalam keghairahan pertandingan Piala AFF Suzuki 2010.

Jurulatih bola sepak Malaysia K. Rajagobal yang membuat gesaan itu berkata tidak ada pihak yang mendapat keuntungan daripada provokasi berkenaan.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Rajagobal berkata pertemuan Malaysia dan Indonesia di gelanggang bola sepak selama ini sering diberi perhatian yang signifikan dalam erti hubungan akrab kedua-dua negara.

Beliau turut meminta semua pihak menerima hakikat bahawa menang dan kalah adalah lumrah dalam pertandingan sukan.

Merujuk kepada kekalahan 1-5 Malaysia kepada Indonesia pada peringkat kumpulan, Rajagobal berkata beliau menerima kekalahan itu dengan tenang dan sabar sekalipun dikritik pedas oleh media Indonesia.

"Pasukan Malaysia pernah tewas 5-1 kepada pasukan Indonesia dan kami menerimanya dengan cukup tenang biarpun kami dikritik teruk oleh media di sini (Indonesia).

"Apabila Indonesia tewas 3-0 baru-baru ini, kenapa pula ia menjadi isu kepada anda (media) di sini? Saya mahu anda menjawab soalan saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan Indonesia mengenai isu pancaran laser yang kononnya menjadi punca kekalahan 'Garuda' pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Rajagobal berkata beliau sentiasa mengamalkan profesionalisme yang tinggi dalam membimbing anak buahnya dan berharap penyokong serta media Indonesia mengamalkan prinsip yang sama.

Beliau juga mengulangi keyakinan bahawa pasukan Malaysia mempunyai peluang untuk menang pada perlawanan akhir kedua malam esok.

"Seperti jurulatih Indonesia yang yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya, saya juga optimis dengan kemampuan pemain-pemain bimbingan saya. Sehingga ke hari ini mereka mempamerkan skill permainan yang cukup baik.

"Saya juga berkali-kali mengingatkan pemain-pemain saya agar sentiasa fokus pada permainan dan jangan diganggu oleh faktor-faktor luaran yang negatif khususnya menjelang hari perlawanan nanti," katanya.

Rajagobal bagaimanapun tidak menafikan kemampuan pasukan Indonesia yang dianggapnya cukup cemerlang ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Newcastle Kecundang Di Tangan Spurs

Artikel Berikut

2010 Tahun Cemerlang Khairul Fahmi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain