suria

Berbatov Bakal Menamatkan Karier Bersama United

PENYERANG Bulgaria, Dimitar Berbatov (gambar) lebih gembira bersama kelab Manchester United sehingga kariernya tamat.

Agennya, Emil Danchev berkata, dia begitu pasti Berbatov akan menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak bersama United.

“Dia adalah seorang pemain yang seimbang dan dia tahu yang yang terbaik untuknya,” katanya.

Berbatov yang mengikat kontrak bersama United sehingga tahun 2012 hadir dengan prestasi yang tidak menentu dari Tottenham Hotspur dan hanya menjaringkan dua gol pada musim pertama dua tahun lalu.

Bekas penyerang CSKA Sofia itu juga turut menerima kritikan teruk gara-gara prestasi yang buruk, namun Berbatov, 29, bangkit muncul sebagai penjaring terbanyak musim ini dengan 11 gol.

Minggu lalu, Berbatov muncul sebagai pemain keempat selepas menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan menentang Blackburn Rovers.

“Di sini kita boleh melihat banyak karektor pemain dan persaingan sangat sengit. Berbatov telah menunjukkan contoh kepada semua rakan pasukannya,” tambah Danchev.

Pada September lalu, Berbatov turut muncul sebagai satu-satunya pemain yang melakukan hatrik ketika menentang Liverpool.

Bagaimana pun Danchev masih mengharapkan agar Berbatov mengubah fikirannya untuk bermain peringkat antarabangsa.

“Dia mengambil keputusan bersara dari aksi antarabangsa ingin memberi peluang kepada pemain muda,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain