suria

Piala TPM: Pelajar UTHM Dan UTeM Dinobat Pesilat Terbaik Putera Dan Puteri

JUARA... Empat juara (dari kanan) Mohd Redhouddin Mohd Mustakim, 21, Shazawani Nayan (18), Asmida Nazirah Zakaria (19), dan Hairul Anwar Abd Hamid,17, bergambar kenangan bersama piala yang dimenangi selepas Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa 2010 Piala Timbalan Perdana Menteri di IOI Mall Bandar Putra, Kulai Johor, Sabtu malam. Mohd Redhouddin dari UTHM dan Shazawani UiTM Jengka Pahang muncul juara keseluruhan institut pengajian tinggi manakala Hairul Anwar dari Johor dan Asmida Nazirah, dari Kelantan menjadi juara kategori remaja. - Foto BERNAMA

KULAI: Dua pesilat dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, Mohd Redhouddin Mohd Mustakim dan Syazwani Nayan dinobatkan sebagai pesilat terbaik kelas Putera dan kelas Puteri pada Kejohanan Pencak Silat Piala Timbalan Perdana Menteri 2010 yang menutup tirainya di IOI Mall, di sini Ahad.

Mohd Redhouddin, 21 dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebelum itu bertarung dalam kategori H, Bawah 85kg, Putera dan menewaskan Ibrahim Khairul dari Kolej Komuniti Malaysia untuk meraih emas.

Syazwani,18 dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang mengungguli kategori B, Bawah 55kg, Puteri dengan menewaskan Nur Syahadah Sailan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

"Saya menyertai kejohanan ini tanpa sebarang sasaran tetapi tidak sangka pula menjadi juara pada Kelas H seterusnya dipilih sebagai Pesilat Terbaik," kata Mohd Redhouddin.

Syazwani pula menganggap anugerah yang diraihnya itu adalah pencapaian terbaiknya sepanjang menceburi sukan silat sejak dibangku sekolah lagi.

Kategori Remaja menyaksikan pesilat dari Johor, Hairul Anuar Abd Hamid dipilih sebagai Pesilat Terbaik kelas Putera dan kejayaannya itu dikongsi bersama pesilat cilik, Asmida Nazira Zakaria dari Kelantan yang mendominasi kelas Puteri.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah kejohanan silat itu disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Kejohanan sulung itu yang bermula pada Rabu turut menyaksikan penyertaan 31 IPT termasuk dari luar negara, Singapura, Vietnam dan Indonesiaserta 12 pasukan remaja dari negeri-negeri dan mempertandingkan dua kategori - IPT dan Remaja.

Kesungguhan pesilat tempatan bagaimanapun gagal mengekang pasukan jemputan Politeknik Republik Singapura untuk muncul juara keseluruhan bagi kedua-dua kategori, IPT dan Remaja.

Pasukan Singapura memungut empat emas serta satu gangsa dalam kategori IPT untuk menewaskan pencabarnya, Maktab Tentera Vietnam dengan kelebihan satu pingat emas.

Maktab Tentera Vietnam meraih tiga emas, dua perak dan tiga gangsa sementara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hanya memungut tiga emas untuk menduduki tempat ketiga.

Sementara bagi kategori Remaja, pesilat Kota Singa itu meraih tujuh emas, lima perak dan dua gangsa meninggalkan pesilat dari Johor yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan empat emas, lapan perak serta tiga gangsa sementara Terengganu ketiga dengan memungut tiga emas, tiga perak dan lapan gangsa.

Jurulatih silat Nasional Singapura, Dzulfadly Mohd Jaffar, 33, berkata beliau amat berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya dalam kejohanan ini.

"Saya hanya mensasarkan empat pingat emas dalam keseluruhan acara kategori kerana sedar akan menghadapi persaingan sengit dari Malaysia dan Vietnam namun tidak sangka telah mencapai lebih daripada sasaran," katanya.

Mohamed Khaled yang juga Anggota Parlimen Pasir Gudang berkata kejohanan sulung ini diharap dapat diteruskan untuk menseimbangkan kecemerlangan pelajar IPT dalam akademik mahupun kokurikulum serta dapat mencungkil bakat pesilat pelapis negara.

KEPUTUSAN:

Kategori IPT

JUARA : Politeknik Republik Singapura KEDUA : Maktab Tentera Vietnam KETIGA : UTM

Kategori Remaja

JUARA : Singapura KEDUA : Johor KETIGA : Terengganu

Pesilat Terbaik IPT

PUTERA : Mohd Redhouddin Mohd Mustakim - UTHM (Kelas H) PUTERI : Syazwani Nayan - UiTM Jengka (Kelas B)

Pesilat Terbaik Remaja

PUTERA : Hairul Anuar Hamid - JOHOR (Kelas J) PUTERI : Asmida Nazira Zakaria - KELANTAN (Kelas A) - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zamri Harap Kelebihan Tuan Rumah

Artikel Berikut

Artikel Lain