suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

16 Pasukan Sertai Kejohanan Piala Super 100Plus

KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera dari Kelantan akan mempertahankan kejuaraan Bolasepak Piala Super 100Plus bawah 18 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, dekat sini, mulai 11 hingga 14 Oktober ini.

Pengurus Hal Ehwal Korporat, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd., Datuk Kamal Harun berkata sebanyak 16 pasukan termasuk juara bertahan akan mengambil bahagian pada edisi ketiga kali ini.

SMK Putera mara ke perlawanan akhir pada dua edisi sebelum ini dan tahun lepas muncul juara selepas mengalahkan SMK Guar Perahu dari Pulau Pinang 1-0.

Pada edisi sulung di Victoria Institution di sini pada 2008, SMK Putera tewas kepada SMK Anderson dari Perak 0-2 pada perlawanan akhir.

Sementara itu, Pengarah Sukan, Kesenian dan Kokurikulum, Kementeriasn Pelajaran, Ee Hong, berkata buat julung kali kejohanan itu akan menawarkan hadiah wang tunai RM2,500 untuk juara, naib juara (RM2,000), tempat ketiga (RM1,500) dan RM1,000 untuk pasukan yang menduduki tempat keempat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Zamri Harap Kelebihan Tuan Rumah

Artikel Berikut

Artikel Lain