KL Maraton 2010 Sasar Kutipan RM1 juta - Sukan | mStar

KL Maraton 2010 Sasar Kutipan RM1 juta

KUALA LUMPUR: Acara Standard Chatered Kuala Lumpur Marathon pada 27 Jun ini mensasarkan kutipan RM1 juta di bawah slogan "Run For A Cause" untuk disalurkan kepada lima pertubuhan kebajikan.

Penasihat jawatankuasa penganjur Datuk Seri Dr Ibrahim Saad berkata, hasil kutipan daripada larian ini akan dibahagikan kepada lima pertubuhan kebajikan iaitu Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia, Yayasan AIDS Malaysia, Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia, Yayasan Anak Warisan Alam dan Yayasan Amanah Standard Chartered.

Beliau berkata, KL Maraton bukanlah satu acara sukan semata-mata, sebaliknya juga adalah platform bagi badan korporat dalam negara menunaikan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata, antara artis diundang bagi memeriahkan suasana acara kali ini adalah ialah A. Thanuja (Miss World/Malaysia), Fahrin Ahmad, Aishah Sinclair, Amy Mastura, Zainal Abidin.

Acara Maraton yang mendapat sokongan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu menampilkan tujuh kategori yang terdiri daripada maraton penuh (kategori terbuka dan veteran), separa maraton (terbuka dan veteran), 10km (lelaki dan wanita), cabaran 10km korporat, 5km (Fun Run dan Family) serta Kid dash (3km dan 850m).

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-juara Eropah

Artikel Berikut

Pelajar Sekolah Aset Arena Sukan Negara

Artikel Lain