suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SIC Anjur Perlumbaan Bikathon Sebagai Acara Pembukaan Musim 2010

KUALA LUMPUR: Sepang International Circuit (SIC) akan menganjurkan perlumbaan basikal melibatkan acara kriterium dan basikal lasak 24 Januari ini sebagai acara pembuka tirai tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif SIC Razlan Razali berkata SIC-Kencana Bikeathon, yang ditaja Kencana Petroleum merupakan perlumbaan kriterium yang diadakan di atas Litar Sepang pada sebelah pagi manakala cabaran basikal lasak diadakan di kawasan tanah lapang berbatu dan tidak rata berhampiran litar pada sebelah petang.

"Ia sebenarnya dua perlumbaan yang berbeza dengan dua peserta yang berbeza tetapi kita anjurkannya di bawah satu nama iaitu SIC-Kencana Bikeathon 2010.

"Tetapi kita membenarkan para peserta untuk menyertai kedua-dua perlumbaan itu dan saya harap ada yang menyahut cabaran itu," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua acara itu akan mempertandingkan tiga peringkat umur iaitu veteran bagi peserta berumur lebih 45 tahun, kategori junior bagi yang berumur 18 tahun dan ke bawah dan kategori terbuka dengan menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM5,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara itu, mereka yang berminat boleh melayari laman web rasmi SIC dan memuat turun borang penyertaan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. - BERNAMA

Artikel Lain