suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedah Mara Ke Final Piala Emas Raja-Raja

ALOR SETAR: Kedah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja selepas menyingkirkan Singapura 2-1 (agregat 3-2) dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman di sini malam semalam.

Kedah membuka jaringan pada minit ke-27 permainan menerusi sepakan Mohd Faizal Abu Bakar dari dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Singapura, Roswadi Kamis.

Bagaimanapun, pasukan pelawat bangkit melawan dan berhasil mendapatkan gol penyamaan setelah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-41 yang disempurnakan oleh Dalis Supait.

Apabila permainan disambung pada babak kedua, Kedah yang menerima sokongan padu kira-kira 10,000 penyokong terus melancarkan serangan ke kubu lawan dan Faizal muncul wira pasukan apabila sekali lagi menjaringkan gol iaitu pada minit ke-82 untuk tuan rumah kembali mendahului.

Kedah akan bertemu Perlis yang terlebih dahulu mengatasi Johor 3-0 dalam perlawanan akhir pada 26 Disember ini. BERNAMA

Artikel Lain