suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia lobi anjur powerlifting pusingan akhir kelayakan Paralimpik London 2012

KUALA LUMPUR: Malaysia kemungkinan besar akan dipilih sebagai tuan rumah pusingan kelayakan akhir acara powerlifting untuk temasya Paralimpik London 2012, kata Presiden Majlis Paralimpik Asia Datuk Zainal Abu Zarin.

Pusingan kelayakan itu jadual diadakan pada Februari 2012.

Katanya peluang Malaysia dipilih sebagai tuan rumah amat cerah memandangkan Kuala Lumpur adalah pusat bagi Program Pembangunan Sukan Paralimpik Asia yang dikendalikan oleh Majlis Paralimpik Asia (APC).

"Keputusan mengenai perkara itu akan dapat diketahui dalam masa terdekat dan sekiranya terpilih pihak kami memerlukan sokongan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia untuk menjayakannya," katanya.

Zainal, yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Kejohanan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Powerlifting Asia yang bermula di Stadium Titiwangsa di sini semalam.

Kejohanan edisi ketiga ini menyaksikan persaingan 108 atlet dari 17 negara antaranya Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, India, Iraq, Jepun, Jordan, Korea Selatan, Syria, Sri Lanka, Timor Leste, Vietnam dan Malaysia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain