suria

HOKI WANITA: Kazakhstan, Malaysia mara ke perlawanan akhir

IPOH: Pasukan wanita Kazakhstan dan Malaysia A hari ini mengesahkan tiket ke perlawanan akhir kejohanan Hoki Dalam Dewan Persekutuan Hoki Asia (AHF) bagi merebut Piala Raja Permaisuri Bainun yang berlangsung di Stadium Indera Mulia di sini.

Walaupun masih berbaki satu lagi perlawanan namun kejayaan Kazakhstan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan sebelum ini membolehkan mereka menempah tiket awal ke perlawanan akhir, Ahad ini.

Dalam perlawanan hari ini, Kapten Kazakhstan Natalia Gaulina menyumbat lima gol untuk membantu pasukannya membenam Uzbekistan dengan keputusan 72.

Dua lagi gol Kazakhstan dijaringkan Gulnara Imangaliyeva pada minit ke14 dan ke37 manakala dua gol Uzbekistan dijaringkan Nigora Tursunova pada minit ke14 dan Sereda Kristina pada minit ke38 perlawanan.

Natalia kini muncul penjaring terbanyak dalam kejohanan ini dengan 15 gol. Sementara itu, Malaysia 'A' membenam Malaysia 'B' 50 untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir bertemu Kazakhstan.

Gol Malaysia 'A' disumbangkan Nurul Nabila Burhanuddin yang melengkapkan pukulan sudut penalti pada minit ke-7, 32 dan 35 untuk mencipta hatrik manakala dua lagi gol dijaringkan A. Kannagi pada minit ke-13 dan 39.

Kekalahan itu meletakkan pasukan Malaysia 'B' di tangga tercorot kejohanan dengan empat kekalahan berturut-turut.

Dalam satu lagi perlawanan, pasukan Thailand dan Iran sekadar seri 2-2 dengan golgol Thailand dijaringkan Boonta Duangrai dan Jirawana Nasaree manakala gol Iran diperolehi melalui Sal Fattemeh Kohan dan Zeinab Ahmadi.

Esok, Kazakhstan akan bertemu Malaysia A bagi melengkapkan perlawanan pusingan awal manakala Thailand turun menentang Malaysia b, sementara Iran bertemu Uzbekistan. BERNAMA

Artikel Lain