suria

Harimau Muda, TTeam makin hebat bersaing rebut Liga Perdana

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Perdana Harimau Muda dan pencabar terdekatnya TTeam semakin hebat bersaing dalam merebut kejuaraan selepas kedua-dua pasukan mengutip tiga mata dalam perlawanan malam semalam dengan saingan musim 2008/2009 hanya berbaki dua perlawanan. Skuad muda negara itu yang malam ini terpaksa menukar venue perlawanan dari Stadium Nasional di Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam berikutan perlawanan antara kelab Manchester United dan pilihan Malaysia malam esok, menundukkan Johor 2-1 malam semalam.

Dengan kemenangan itu, Harimau Muda kini mengumpulkan 58 mata daripada 19 kemenangan, satu seri dan dua kekalahan. Sementara itu, TTeam juga menang 2-1 ke atas Proton FC pada perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Kelana Jaya untuk mengutip 53 mata hasil 16 kemenangan, lima seri dan satu kalah.

Dengan hanya perbezaan lima mata dan baki dua perlawanan, persaingan untuk muncul juara liga masih terbuka sebelum liga melabuhkan tirai pada 24 Julai.

Pada 20 Julai, Harimau Muda akan bertemu Sarawak di Stadium Sarawak manakala TTeam bertemu Johor FC di Kuala Terengganu. Dalam perlawanan terakhir pada 24 Julai, Harimau Muda akan beraksi menentang Kuala Lumpur di Stadium Nasional, Bukit Jalil manakala TTeam bertemu Shahzan Muda di Stadium Darul Makmur di Kuantan.BERNAMA

Artikel Sebelum

United atasi Malaysia 3-2

Artikel Berikut

Jadual perlawanan Liga Premier

Artikel Lain