suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United batalkan lawatan ke Indonesia

KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United membatalkan perlawanan di Jakarta dalam Jelajah Asia 2009 mereka selepas hotel di mana mereka dijangka menginap di ibu kota Indonesia itu telah dibom pagi ini.

Pasukan itu dijangka beraksi menentang pasukan Indonesia Allstar Isnin ini bagi perlawanan kedua jelajah persediaan musim baru itu.

Jelajah itu akan bermula dengan perlawanan menentang pilihan Malaysia esok dan ia turut melibatkan Korea Selatan dan China.

"Ia sedikit mengejutkan kami semua. Kami baru sahaja menerima berita itu ketika kami mendarat di sini. Tiada jalan penyelesaian lain kerana kami terpaksa melindungi pemain-pemain kami.

Jadi ia keputusan yang tepat,"kata pengurus pasukan Sir Alex Ferguson pada sidang akhbar yang diadakan di hotel rasmi pasukan itu di sini hari ini.

Katanya beliau sangat kecewa kerana tidak dapat memenuhi jadual perlawanan Jelajah Asia 2009 di Jakarta.

Artikel Sebelum

United tewaskan Malaysia 3-2

Artikel Lain