suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya tiga pemain baru dalam Skuad Hoki Negara

KUANTAN: Hanya tiga pemain baru akan diserapkan ke dalam skuad hoki kebangsaan bagi kejohanan Piala Asia yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia di sini selama lapan hari bermula Sabtu ini.

Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia Nurazmi Ahmad berkata selebihnya adalah pemain kebangsaan yang menjadi naib juara Piala Sultan Azlan Shah bulan lepas.

"Kita menyenaraikan 19 pemain termasuk tiga pemain baru iaitu Jiwa Mohan, Muhammad Razie Abdul Rahim dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tiga pemain yang beraksi pada kejohanan Piala Sultan Azlan yang digugurkan ialah Khairulnizam Ibrahim (penjaga gol), S. Baljit Singh (pertahanan) dan Muhammad Amerullah Abdul Aziz (penyerang).

Ketua pasukan Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor berkata bermain di gelanggang sendiri dapat memberi kelebihan kepada pasukan negara dalam menyaingi pasukan lawan.

Tujuh negara yang terlibat ialah Bangladesh, Korea Selatan, Jepun dan Malaysia dalam Kumpulan A dan Pakistan, India dan China dalam Kumpulan B. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain