suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala AFC: Kedah pesta gol tundukkan Hanoi ACB 7-0

ALOR SETAR: Mohd Azrul Ahmad mencipta hatrick ketika pasukan Kedah berpesta gol menewaskan Hanoi ACB dari Vietnam 7-0 dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Gol pertama Kedah dijaringkan oleh Mohd Azrul pada minit ke13 sebelum beliau menjaringkan satu lagi gol pada minit ke30, diikuti gol ketiga Kedah oleh Mohd Farizal Rozali pada minit ke-33.

Pada separuh masa kedua Kedah terus menambah gol dengan gol keempat dijaringkan Mohd Afif Amiruddin pada minit ke-63 dan lima minit kemudian giliran Mohd Sabre Mat Abu pula menjaringkan gol untuk kedudukan 50.

Pintu gol pasukan Hanoi ACB terus dibolosi apabila Mohd Azrul berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-78 selepas Mohd Sabre dijatuhkan oleh Ho Thanh Thuong dalam kotak penalti.

Skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol ketujuh menerusi Shahrulnizam Mustapa pada minit ke-90. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain