suria

Ibu tak pernah berdamai dengan Fyna Jebat, anak dedah Zainal Abidin dah ceraikan isteri muda

Kisah perkahwinan Fyna dan Zainal menjadi perhatian peminat.

NAMA penyanyi Fyna Jebat kembali menjadi perhatian apabila dia dikatakan sudah bercerai dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan.

Dakwaan itu dibuat oleh anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah menerusi komen yang ditinggalkan di media sosial.

Ia berikutan Zahira mempersoalkan hantaran mengatakan Fyna serta ibunya, Datin Zalina Zaini sudah berdamai disebabkan mereka duduk semeja.

Namun Zahira menjelaskan kejadian itu berlaku empat bulan lalu dan menjelaskan ibunya tidak pernah berdamai dengan sesiapa dan berita tersebut adalah palsu.

553

Kontroversi perkahwinan pasangan ini masih belum berakhir.

"Kenapa perlu post balik cerita empat bulan yang lepas? Ibu saya tidak pernah berdamai dengan sesiapa dan berita ini tidak benar.

"Untuk pengetahuan anda bapa saya sudah menceraikan Fyna Jebat. Mohon padam post ini, terima kasih," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih jalan damai, Fyna Jebat sedia duduk makan semeja dengan madu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fyna Jebat serah kepada polis insiden diserang madu, fokus terhadap Famili Duo tak terganggu

Sementara itu, Zahira menerusi Facebooknya seolah-olah memberi bayangan Zainal sudah membuat keputusan tepat dan bersyukur dengan ujian menimpa mereka sekeluarga.

Disebabkan dugaan itu, dia sebagai anak menaruh harapan agar rumah tangga ibu bapanya kembali teguh dan bertambah kasih sayang di antara mereka.

WhatsApp-Image-2023-05-17-at-12.18.39-PM-630x259

Anak perempuan Zainal mendakwa bapanya sudah menceraikan Fyna.

Usaha mStar mendapatkan kenyataan Fyna berhubung perkara itu bagaimanapun tidak berjaya apabila bekas peserta Famili Duo itu tidak mengaktifkan telefon.

Pada Januari lalu, Fyna mengaku bergelar isteri kedua Zainal namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Zainal dan Zalina pula berkahwin pada 1980 dan perkahwinan 43 tahun itu dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain