suria

“Kenapa iri hati dengan anak Melayu” - Black jawab tuduhan beli kapal mewah hasil wang haram

Black kecewa apabila timbul cerita tidak benar tentang dirinya.

PENYANYI Black Hanifah meluahkan rasa kecewa apabila dituduh membeli sebuah kapal pelayaran mewah di Pulau Langkawi, Kedah hasil penggubahan wang haram.

Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 37, menganggap ia fitnah besar terhadapnya dan menjelaskan apa yang dimiliki hari ini adalah hasil usaha kerasnya sendiri.

"Tiba-tiba saya dapat fitnah. Cukuplah saya bekerja keras untuk semua benda yang saya dapat hari ini," katanya.

black 2

Black anggap ada pihak iri hati dengan kejayaannya.

Black meluahkan perkara itu menerusi satu perkongsian di Instastory miliknya pada Selasa.

Dalam perkongsian berbeza penyanyi ini memuat naik sebuah video yang menceritakan kononnya dia berbelanja mewah di pulau peranginan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Buka inap desa guna wang haram, Black Hanifah kenal individu sebar fitnah - “Ia akan jadi darah daging”

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir di Kedah buat Black Hanifah tak senang duduk, hubungi ibu bapa setiap 10 minit bimbang paras air naik

Menerusi penjelasan itu, Black bagaimana dilihat tidak menafikan telah memiliki kapal layar seperti yang disebut.

“Saya tidak faham apa yang sakit hati dan iri hati sangat dengan kejayaan anak Melayu.

“Saya kerja siang dan malam untuk saya dapat seperti hari ini,” ujarnya.

black 3

Black bekerja keras untuk untuk berjaya seperti hari ini.

Penyanyi lagu Teman Pengganti ini juga menganggap cerita berkenaan mula timbul disebabkan sikap iri hati sesetengah pihak terhadap kejayaan yang dimiliki hari ini.

“Bila manusia mula merah mata dan iri hati dengan kejayaan kita,” tulisnya ringkas pada video berkenaan.

Sebelum ini juga pernah timbul cerita kononnya Black membangunkan inap desa di Langkawi hasil penggubahan wang haram namun dia menafikan hal tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain