suria

[V] Beego dan Linda Hashim muhasabah diri selepas rujuk, sekarang macam pasangan baru bercinta!

SELEPAS kembali rujuk pad 9 April lalu, pelakon Linda Hashim menganggap hubungannya dengan suami iaitu aktor Beego kembali seperti zaman mereka mula bercinta sekitar 10 tahun lalu.

Linda atau Norhazlinda Hashim, 39, berkata, penceraian yang berlaku membuatkan mereka kembali bermuhasabah diri selain duduk berbincang secara profesional bagi mendalami isi hati masing-masing yang terbuku selama ini.

Menganggap apa berlaku ada hikmah di sebalik, Linda berkata, cinta di antara mereka lebih utuh dan tidak akan mensia-siakan peluang kedua ini.

"Selepas kejadian kami banyak muhasabah diri, duduk berbincang selain mengenali hati budi masing-masing... ibarat bercinta semula.

2061264

Pasangan ini menyifatkan penceraian mereka ada hikmah dalam hubungan mereka.

"Cinta yang baru berbanding tempoh 10 tahun sebelum ini," katanya kepada mStar.

Pada Isnin lalu, pasangan ini mengejutkan peminat apabila muncul di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.

Beego pada 27 Mac lalu melafazkan talak satu terhadap Linda namun mengaku kembali rujuk pada 9 April 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Beego dan Linda rujuk semula, muncul di mahkamah batal tuntutan nafkah dan hak jagaan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Beego, Linda Hashim Bergelar Suami-Isteri Dengan Sekali Lafaz

Dalam pada itu, Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 43, pula berkata, dia melafazkan talak terhadap isterinya itu ketika mereka hadir untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka.

Bagaimanapun katanya, dia menganggap Linda memfailkan penceraian dan menurut permintaan sebelum melafazkan cerai tanpa berfikir terlebih dahulu.

"Secara teknikal ia kesilapan kami berdua dan ia berlaku secara terburu-buru tanpa saya berfikir panjang.

Cinta yang baru berbanding tempoh 10 tahun sebelum ini.

LINDA HASHIM

PELAKON

"Niat isteri untuk perbaiki hubungan kami, jadi saya yang minta dia ke mahkamah untuk proses JKP.

"Saya pula pada satu pagi yang salah... saya datang dan terus lafaz talak. Bila Linda keluar (bilik JKP) dia beritahu tak sangka saya lafaz talak," ujarnya.

Sementara itu, Beego berkata, dia tidak menyangka kes mereka berjaya dihidu pihak media kerana tidak berniat untuk mendedahkan perkara itu kepada umum.

Beego Linda X

Pasangan ini bersama tiga anak mereka.

Apatah lagi kata aktor itu, selama ini juga mereka jarang memaparkan kehidupan sebagai suami isteri di media sosial namun mengambil tempoh edah untuk bertenang sebelum memutuskan kembali rujuk.

"Tempoh itu (edah) kami guna untuk bertenang, supaya dia dan saya boleh beritahu isi hati masing-masing.

"Kami sendiri pun tak mahu perkara ini berlaku... demi kasih sayang kepada pasangan dan anak kami sepakat perbaiki kelemahan diri dan menjadikan perkahwinan kami lebih kuat," katanya.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi