suria

“Saya tengah memandu nak pergi latihan” - Ini reaksi Zainal Abidin

Zainal lari dari jawab isu bercerai dengan isteri kedua?

KEMELUT rumah tangga Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan kembali hangat diperkatakan apabila bekas pemain bola sepak kebangsaan itu dilaporkan sudah menceraikan penyanyi berkenaan.

Zainal, 62, ketika dihubungi mStar bagi mendapatkan reaksinya mengenai isu berkenaan memberitahu dia sedang memandu ke lokasi latihan bola sepak dan meminta menghubunginya semula.

"Nanti hubungi semula, saya tengah memandu nak pergi latihan," katanya ringkas kepada mStar sebelum mematikan panggilan.

Fyna dan Zainal ketika menghadiri sebuah majlis bersama.

Malah cubaan menghubunginya semula tidak berjaya apabila panggilan dibuat kepadanya tidak berjawab malah mesej di WhatsApp juga tidak dibalas.

Sebelum ini, anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah memaklumkan bapanya dan Fyna telah berpisah menerusi komen yang ditinggalkan di media sosial.

Ia berikutan Zahira mempersoalkan hantaran mengatakan Fyna serta ibunya, Datin Zalina Zaini sudah berdamai disebabkan mereka duduk semeja.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak pernah berdamai dengan Fyna Jebat, anak dedah Zainal Abidin dah ceraikan isteri muda

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih jalan damai, Fyna Jebat sedia duduk makan semeja dengan madu

Namun Zahira menjelaskan kejadian itu berlaku empat bulan lalu dan menjelaskan ibunya tidak pernah berdamai dengan sesiapa dan berita tersebut adalah palsu.

Dalam pada itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan Fyna berhubung perkara itu bagaimanapun tidak berjaya apabila bekas peserta Famili Duo itu tidak mengaktifkan telefon.

Pada Januari lalu, Fyna mengaku bergelar isteri kedua Zainal namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Zainal dan Zalina pula berkahwin pada 1980 dan perkahwinan 43 tahun itu dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain