suria

Heboh kilauan berlian di jari manis Neelofa... kembali sarung cincin risik PU Riz?

Neelofa dikatakan memakai cincin yang sama seperti yang diberikan oleh keluarga PU Riz semasa merisik.

CINCIN berlian yang tersarung di jari manis pengacara Neelofa dalam video pendek yang di muat naik di Instastory pada Khamis menarik perhatian peminat.

Menerusi video itu, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dilihat memakai cincin yang dikatakan merupakan pemberian keluarga kekasihnya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz.

Tujuan asal Neelofa memuat naik video itu adalah untuk mempromosikan perniagaannya, Markaz Tijari yang merupakan hasil usahasama dengan PU Riz.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, Pu Riz muat naik nota luahan hati, beri gambaran seolah-olah sukar fahami apa berlaku - “Saya tahu Allah akan beri yang terbaik”

Bagaimanapun, rata-rata pengikut lebih tertarik melihat cincin yang dipakai oleh Neelofa dan membuat andaian pasangan ini kembali menjalinkan hubungan.



Peminat tertarik melihat cincin di jari manis Neelofa.

Usaha mStar mendapatkan pengesahan mengenai status hubungan mereka tidak berjaya apabila mesej yang di hantar kepada PU Riz tidak berbalas.

Pada Disember tahun lalu, Neelofa menerusi satu kenyataan rasmi berkata keluarganya dalam proses perbincangan mencari titik penyelesaian hubungan mereka.

Katanya lagi, setiap hubungan ada cerita tersendiri dan tidak manis untuknya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga.



Peminat mengharapkan Neelofa dan PU Riz segera berkahwin.

Pasangan ini dikatakan bakal menamatkan zaman bujang dalam sebuah majlis yang dijangka akan diadakan Mac depan.

Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Bekas pengacara program MeleTOP itu mengikat tali pertunangan dengan PU Riz atau Haris Ismail pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain