suria

Buat lagu ikut trend pasaran, Aliff Iskandar terpaksa lupakan dulu citarasa sendiri

Aliff mahu ikut kehendak pasaran untuk kekal relevan.

SEBAGAI penyanyi dan juga komposer, penyanyi baharu Aliff Iskandar mempunyai citarasa tersendiri dalam menghasilkan karya-karyanya.

Bagaimanapun Alif, 22, berkata, buat masa ini, dia terpaksa akur dengan kehendak pasaran supaya kehadirannya dalam industri diterima.

"Saya tidak kisah korbankan minat sendiri dahulu untuk kekal relevan dan mengikut kehendak pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Iskandar diganggu peminat misteri, terbuka jika ikhlas mahu berkawan

ARTIKEL BERKAITAN: Belum setahun jadi artis, Aliff Iskandar terkejut nama tercalon Top 5 ABPBH... macam tak percaya bersaing dengan Meerqeen

"Sebagai penyanyi baharu saya perlu tahu untuk memikat telinga pendengar. Jadi apa salahnya jika nyanyi dan cipta lagu yang mudah mendapat sambutan," katanya kepada mStar.

Dalam masa sama Aliff yang suka lagu genre pop dan rancak, menggangp ini adalah satu cabaran untuk dia membuka mata lebih luas dan menghasilkan pelbagai karya kreatif.

Sebagai penyanyi baharu saya perlu tahu untuk memikat telinga pendengar.

ALIFF ISKANDAR

PENYANYI

"Saya juga melihat ia sebagai satu cabaran supaya saya boleh teroka apa yang orang mahukan dan hasilkan satu karya baharu.

"Tidak kisahlah jika saya belum ada peluang untuk tampil dengan lagu yang mengikut citarasa sendiri buat masa sekarang ini," jelasnya.

Terbaharu, Aliff tampil dengan single keempat berjudul Takdir yang merupakan ciptaannya sendiri.

Bercakap lanjut tentang pengorbanan, kata Aliff yang juga merupakan seorang pelajar, dia terpaksa mengetepikan kepentingan peribadi atau waktu rehatnya demi memberi fokus kepada kerjaya dan jadual kuliah.

aliff 2Aliff korban kepentingan peribadi.

"Memang susah untuk bahagikan masa kerana terlalu banyak komitmen. Bukan hanya kerja dan kuliah, saya juga ada tanggungjawab terhadap keluarga.

"Sebab itu kenalah berkorban sedikit supaya semuanya berjalan lancar. Jika terpaksa kurangkan waktu tidur dan rehat demi kerjaya, saya akan lakukan.

"Bagaimanapun saya bersyukur perjalanan seni sekarang semakin baik. Apa yang saya mahukan sudah menampakkan kemajuan," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain