suria

Shiha Zikir hanya sempat tidur dua jam sehari, terlalu penat kerja hingga kesihatan terjejas

Shiha sibuk bekerja sehingga kesihatan terjejas.

HANYA tidur dalam satu hingga dua jam sehari, penyanyi Shiha Zikir mengakui kesihatannya terganggu gara-gara sibuk bekerja.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, dia juga kehilangan suara dan bacaan degupan jantung laju disebabkan terlalu penat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabung api dan silap mata atas pentas AJL36, persembahan Shiha Zikir, Noki dituduh angkat unsur syirik!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shiha Zikir sedih dihina rakan artis, anggap tidak layak berada dalam industri seni

"Saya tak cukup rehat, hanya tidur sejam atau dua jam sehari sepanjang minggu ini. Baru-baru ini, saya menjadi pengacara dari tengahari sampai ke esok paginya.

Boleh katakan hari-hari bacaan degupan jantung saya melebihi 100.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

"Pagi pula, ada wedding show pula... malam ada kerja lain juga. Kebetulan minggu ini banyak kerja sebagai pengacara. Sampaikan suara saya hilang beberapa hari lalu.

"Boleh katakan hari-hari bacaan degupan jantung saya melebihi 100. Mungkin lepas ini, saya akan fokus pada nyanyian dan bisnes kosmetik," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu AEWO itu ditemui ketika pelancaran produk komestiknya iaitu Xmetic di Royale Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum ini, Shiha turut berkongsi foto di Instastory miliknya yang memperlihatkan dia sedang menjalani rawatan di sebuah hospital gara-gara kurang sihat.

Shiha 2

Shiha lancar produk kosmetik jenamanya iaitu Xmetic.

Dalam pada itu, pelakon filem Hantu Bonceng 2.0 ini memberitahu dia mempunyai sasaran tempoh untuk bekerja dan mahu mencari penggantinya dalam bidang nyanyian.

"Setiap orang ada sasaran nak kerja sampai bila... tapi tak semua benda kita nak beritahu orang. Macam saya sendiri pun ada sasaran, tahun ini sampai bila nak macam ini.

"Jadi, saya dah susun jadual. Mungkin satu hari nanti, saya nak duduk di belakang saja. Contoh, dalam bidang nyanyian, saya nak cari penyanyi yang betul-betul macam saya.

"Tak fikirkan populariti tapi sebab memang betul-betul minat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain