suria

Fendy (Caliph Busker) kecewa ‘ustazah’ kaitkan anak autisme dengan jin, minta jaga hati ibu bapa

Fendy berharap agar orang ramai lebih sensitif dengan nasib OKU

DIKURNIAKAN seorang cahaya mata istimewa yang mengalami masalah autisme, pemain dram Caliph Busker iaitu Fendy Adlun akui sedih apabila kekurangan anaknya itu dikaitkan dengan gangguan jin.

Ia gara-gara kenyataan seorang wanita bergelar ustazah yang memuat naik hantaran di Facebook baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Melulu kaitkan anak autisme, speech delay dengan gangguan jin... ustazah teruk kena ‘sekolah’, pakar psikiatri pun bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: Fendy Caliph Buskers minta rumah PPR, tak mampu bayar sewa mahal - “Dah macam nyawa-nyawa ikan... terdesak sangat”

Menurut Fendy, 31, yang juga mengalami masalah penglihatan berkata, semua pihak sepatutnya menghormati perasaan ibu bapa yang dikurniakan cahaya mata daripada golongan orang kelainan upaya (OKU).

"Mengapa semua perkara hendak dikaitkan dengan jin. Adakah kami yang kurang daya penglihatan ini disebabkan gangguan jin?

"Isu ini sensitif dan rasanya sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama, mereka tahu untuk menghormati perasaan ibu bapa seperti saya.

"Saya reda dengan kurniaan Tuhan dan sentiasa ambil sikap positif dengan ketentuan ini. Allah sudah katakan anak-anak seperti ini adalah anak syurga," katanya ketika dihubungi mStar.

fendy Cb 3

Fendy terkilan ada yang mengaitkan masalah anaknya dengan gangguan jin

Fendy sebelum ini memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya memohon agar tidak menggunakan agama untuk kepentingan sendiri atau bertujuan sebagai satu bahan pemasaran.

Bercakap tentang cabaran membesarkan anaknya, Nur Azalea Zafirah, 7, seorang diri, kata Fendy dia amat bersyukur kerana dibantu oleh rakan sekeliling.

Bagaimanapun, Fendy juga bimbang tidak dapat menguruskan anaknya itu dengan baik terutamanya berkaitan hal wanita.

Isu ini sensitif dan rasanya sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama, mereka tahu untuk menghormati perasaan ibu bapa seperti saya

FENDY ADLUN

CALIPH BUSKER

"Orang-orang sekeliling banyak membantu menjaga anak ketika saya keluar bekerja.

"Cabaran utama saya adalah daripada segi pengurusan kerana anak semakin dewasa. Bagaimana nanti dia sudang datang bulan dan ada keperluan yang saya tidak tahu untuk uruskan.

azmi CB 2

Menjaga anaknya sendiri selepas berpisah dengan bekas isteri

"Atau apabila keluar bersama dan dia perlu ke tandas awam, semestinya sukar untuk dia pergi sendiri," ceritanya.

Fendy menjaga anaknya sendiri selepas berpisah dengan bekas isteri iaitu Nadira Rubina yang juga merupakan anggota Caliph Busker, pada 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain