suria

Tubuh badan dipuji ketika tukar baju di set penggambaran, Fikry Ibrahim tak selesa... Anggap terima gangguan seksual

Fikry tak selesa tubuh badan dipuji.

PELAKON Fikry Ibrahim mengaku tidak selesa jika menerima pujian berkaitan tubuh badannya.

Agak sensitif dengan perkara itu, Fikri atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 28, menyifatkan tindakan itu sebagai satu gangguan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah seiras tanda jodoh, peminat mula usik Fikry Ibrahim dan Rita Nadira

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen serang IG Fikry Ibrahim, dikatakan keluar rumah tak bawa dokumen masa PKP - “Betul ke awak yang kena u-turn tu?”

"Pernah berlaku kepada saya apabila hendak menukar baju di lokasi penggambaran dan ada yang menegur seolah-olah tidak salah tayang badan di depan orang lain.

"Saya seorang yang amat sensitif dengan perkataan dan cuba bayangkan jika saya sebagai lelaki berkata sebegitu kepada seorang wanita.

"Walaupun ia bukan satu bentuk buli secara ekstrem namun saya anggap ia seperti gangguan seksual yang boleh ganggu emosi.

fikry 2

Drama terbaharu menggandingkan Emma dan Fikry.

"Jika perkara ini tidak dibetulkan ia akan menjadi sesuatu yang normal dalam kehidupan harian,"katanya kepada mStar.

Fikry berkata demikian ketika diminta mengulas pengalaman buli yang berlaku dalam hidupnya pada sidang media drama terbaharu berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta yang berlangsung secara atas talian pada Jumaat.

Menerusi drama ini, Fikry membawakan watak seorang suami yang menjadi mangsa dera isteri lakonan Emma Maembong.

Walaupun ia bukan satu bentuk buli secara ekstrem namun saya anggap ia seperti gangguan seksual yang boleh ganggu emosi

FIKRY IBRAHIM

PELAKON

"Isu yang dipaparkan menerusi drama ini juga sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

"Justeru drama sebegini seharusnya menjadi pengajaran buat kita agar masalah sama tidak terjadi kepada diri sendiri,"jelasnya.

Dalam masa sama Fikry juga sedar jalan cerita yang diketengahkan pasti akan mendapat maklum balas kurang baik dari segelintir pihak.

Dia bersedia dengan semua komen namun berharap agar tidak membabitkan sebarang kisah peribadi mana-mana pihak.

fikry 3

Isu keganasan rumahtangga diangkat dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta.

"Saya terima watak drama ini kerana ia menampilkan satu jalan cerita yang berbeza.

"Penonton boleh bercakap apa sahaja kerana kita semua ada kebebasan bersuara.

"Cuma saya harap janganlah menyentuh isu peribadi."ujarnya.

Selain Fikry dan Emma, drama arahan Hadith Omar ini turut menampilkan gandingan Nadhir Nasar dan Shaza Bae.

Ia akan bersiaran pada pukul 9.00 malam setiap Ahad di saluran Astro Ria bermula 3 April.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain