suria

“Yasin perlukan bantuan dan rehabilitasi bukan hukuman, harus diberi peluang” - Wardina Safiyyah

Wardina simpati dengan keadaan rakannya, Yassin yang ditahan atas kesalahan melibatkan ganja.

PELAKON Wardina Safiyyah berharap hukuman terhadap Yasin Sulaiman diringankan berhubung dakwaan dia menanam pokok ganja dalam rumah atas faktor kesihatan mentalnya.

Malah Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot berpendapat, adalah lebih baik sekiranya penyanyi lagu Mimpi Laila itu diberikan rawatan dan pemulihan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Didakwa edar dadah jenis ganja, Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai mati

ARTIKEL BERKAITAN: Kanabis untuk perubatan hebat diperbincangkan tapi negara-negara ini sudah halalkan penggunaan ganja

"Perogol dan pembunuh pun tak dikenakan hukuman gantung sampai mati. Yasin tidak layak dipenjara seumur hidup mahupun hukuman gantung sampai mati hanya untuk pasu tumbuhan.

Wardina 1

Wardina berkongsi pandangannya mengenai kes Yasin di Instagram.

"Dia layak untuk dirawat kerana masalah kesihatan mentalnya dan memerlukan sokongan dan mungkin pemulihan. Dia seorang kawan, artis yang sangat berbakat, bijak, berani, seorang yang baik walaupun terdapat kekurangan.

"Saya doakan dia menjadi lebih kuat, lebih baik dan mengharungi dugaan ini dalam satu bahagian," kata Wardina.

Pelakon dan pengacara berusia 42 tahun itu berkongsi pandangannya mengenai kes penyanyi nasyid itu di laman Instagram miliknya.

Yassin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Perogol dan pembunuh pun tak dikenakan hukuman gantung sampai mati

WARDINA SAFIYYAH

PELAKON

Menerusi laporan mStar, bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh kerana kes itu terletak di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Wardina 2

17 pasu pokok ganja yang ditemui di kediaman Yasin.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap penyanyi tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Lagi Lagi Senario ini turut meletakkan tanda pagar memohon keadilan untuk Yasin dan berharap penyanyi lagu Salsabila itu dibebaskan.

"#justice4yasin #justiceforyasin Innalillahiwainnailaihirajiun. #justiceforyasinsulaiman @yasinsulaiman.

"Bebaskan dia dari penjara dan tolong rawat serta bantu dia. #istandwithyasinsulaiman #bipolarawareness. Harap kekal kuat di sana kawan! Kami menyokong anda!" ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain