suria

'Pematah Hati' Cecah 2 Juta Tak Sampai Seminggu!

Nabila tidak sangka muzik video tersebut berjaya mendapat perhatian peminat dalam masa yang singkat. Foto S.S.KANESAN / The Star

KEJAYAAN manis buat penyanyi Nabila Razali apabila muzik video single terbaharunya berjudul Pematah Hati mencecah tontonan 2 juta hanya dalam masa lima hari ia dilancarkan.

Muzik video yang diarahkan oleh dua pemuda berasal dari Romania yang menggelar diri mereka sebagai Storytellrs itu kini selesa menduduki tempat pertama carta Paling Ditonton di Youtube.

Melahirkan rasa gembira dan syukur atas pencapaian itu, Nabila, 25, berkata, lagu tersebut bukan sekadar mengisahkan tentang kekecewaan gagal dalam percintaan tetapi diharap dapat dijadikan sebagai motivasi kepada wanita agar tidak bersedih selepas ditinggalkan kekasih.

"Alhamdulillah sudah tentu saya sangat gembira apabila Pematah Hati mendapat dua juta tontontan hanya dalam masa lima hari!

Nabila pada majlis pelancaran single terbaharunya baru-baru ini.

"Ini semua tidak akan terjadi tanpa sokongan peminat dan pengarah muzik video itu kerana berjaya merialisasikan apa yang saya impikan," katanya kepada mStar Online.

Muzik video Pematah Hati dilancarkan di Youtube pada 28 November lalu.

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada peggubah dan penulis lirik lagu itu, Hael Hussaini dan Ezra Kong yang bejaya mencipta sebuah lagu yang berjaya mencipta satu genre muzik yang baharu.

"Saya juga mahu berterima kasih kepada Hael dan Ezra yang berjaya cipta satu genre muzik baru dan segar dalam lagu tersebut.

Nabila berterima kasih kepad peminat yang menyokongnya.

"Bagi saya, salah satu sebab orang suka dengan lirik lagu ini yang menarik," ujarnya.

Menurutnya, video yang diberi sentuhan bertaraf antarabangsa itu disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu.

Ia menjalani penggambaran di beberapa lokasi di ibu negara termasuk di Blues and Bees, The Bee dan Living Space.

Selain Aedy, ia turut menampilkan selebriti dan personaliti Yaya Zahir, Adriana Adnan, Tanjung and Wanie, Anis Al Idrus, Dragos Cruceat, Diana Iss, Diana Dancea dan Sergiu Chirau.

Nabila Razali, Pematah Hati

Artikel Berikut

Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia

Artikel Lain