suria

Ada Fattah, Fazura Dah Tak Sunyi Lagi

Fazura dan Fattah bahagia melayari alam rumah tangga. Foto SHAARI CHEMAT / The Star

PELAKON Nur Fazura mengakui kehidupannya berubah setelah mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin.

Menurut Fazura, 34, dia kini tidak lagi kesunyian kerana sudah mempunyai lelaki bergelar suami yang akan menemani hidupnya.

"Sekarang dah tak sunyi lagi, ada teman menemani hari-hari saya dan apa boleh saya katakan kehidupan kami berubah sepenuhnya.

"Mulanya agak kekok juga sebab dah bersuami, tetapi lepas membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas, saya dah rasa boleh sesuaikan keadaan.

Fazura sedang membiasakan diri dengan tugas sebagai seorang isteri. Foto SYED AZAMUDDEN / The Star

"Mujurlah Fattah banyak membantu dan kami sama-sama belajar kehidupan sebagai suami dan isteri," katanya kepada mStar Online.

Fazura di temui semasa pelancaran aplikasi sosial One Music di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada Isnin.

Terdahulu, Fazura dan Fattah, 27, selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November lalu.

Fazura dan Fattah bernikah dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November lalu.

Dalam pada itu, Fazura berkata, dia menggunakan bulan ini sebagai peluang untuk meluangkan masa bersama suami tercinta.

Ujarnya, memandangkan Fattah sedang berehat daripada penggambaran, suaminya itu akan menemani dia bekerja.

"Sekarang Fattah sedang berehat, jadi dia lah yang akan menemani saya kemana-mana sahaja.

Fazura bergandingan dengan Anggun dalam lagu terbaharu mereka berjudul The Good is Back. Foto SYED AZAMUDDEN / The Star

"Ini peluang untuk kami meluangkan masa bersama dan gunakan waktu yang ada sebaik-baiknya," katanya yang bakal berlepas berbulan madu di United Kingdom tidak lama lagi.

Bercakap mengenai karier nyanyian, Fazura bakal muncul dengan lagu terbaharu berjudul The Good is Back bergandingan bersama penyanyi antarabangsa, Anggun.

Lagu bergenre pop rock itu menceritakan tentang kekuatan dan kebangkitan wanita selepas melalui masa-masa sukar.

Nur Fazura, Fattah Amin

Artikel Sebelum

Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain