Adira Mohon Maaf Akui Kesilapan Peluk Anjing - Hiburan | mStar

Adira Mohon Maaf Akui Kesilapan Peluk Anjing

Adira
Adira

PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan.

Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.

“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online..

Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sakura ini menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.

“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.

Artikel Sebelum

Najua, Cucu P.Ramlee Hasilkan 'Single'

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain