Matrade Raih Jualan RM2.16 Bilion Melalui MSE - Niaga | mStar

Matrade Raih Jualan RM2.16 Bilion Melalui MSE

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berjaya mencatat jualan sebanyak RM2.16 bilion daripada pelbagai kluster perkhidmatan pada Pameran Perkhidmatan Malaysia (MSE) 2014 yang diadakan baru-baru ini.

Matrade berkata menyedari akan kepentingan sektor perkhidmatan Malaysia, sebanyak tujuh siri MSE dianjurkan dengan sasaran untuk mempromosikan perkhidmatan negara di pasaran antarabangsa.

Dalam satu kenyataan hari ini, perbadanan itu berkata antara kluster yang diketengahkan pada MSE ialah pembinaan dan perkhidmatan profesional, bahan binaan, komponen elektrik dan elektronik, francais, perkhidmatan perniagaan, logistik, makanan, gaya hidup, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Menurut Matrade, MSE di Ahmedabad, India, menjana jualan sebanyak RM116.67 juta, Jeddah (RM898.24 juta), Doha (RM412.5 juta), Beijing (RM161 juta), Phnom Penh (RM407.16 juta), Jakarta (RM127.10 juta) dan Kuala Lumpur RM36.6 juta.

Matrade merancang dua lagi MSE di Yangon, bersempena 'Showcase Malaysia Myanmar 2014' mulai 1 hingga 4 Okt, dan di Kenya bersama-sama dengan Pameran Perdagangan Antarabangsa Kenya 2014 bermula 3 hingga 5 Okt, di samping mempelawa lebih banyak penyedia perkhidmatan menyertainya.

Selain kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, Matrade akan menganjurkan satu misi belian masuk (IBS) dengan membawa pembeli antarabangsa untuk Minggu Pembinaan Antarabangsa 2014, mulai 17 hingga 19 Sept.

Syarikat-syarikat berminat dalam mesyuarat perniagaan bagi IBS boleh mendaftar sekarang, katanya.


Matrade

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain